Monday, December 7, 2009

episod terakhir

i wish i could turn back time,
so that i wont hurt your feelings,
so that i can be with you,
so that i dont listen to what others have to say about you.

kisah silam telah pun berlalu,
kisah aku dan dia, telah berakhir segalanya.
tiada lagi episod itu.

sekarang, aku akan jalan,
mengorak langkah kiri dan kanan,
untuk mara ke hadapan.
semoga kita berjumpa lagi, wahai kawan.

Friday, December 4, 2009

Tahniah Prof. Dr. Hatta Azad Khan, Tahniah 'Wayang'.


Tahniah kepada seorang pengarah dan dekan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, UiTM, Puncak Perdana, Shah Alam, Prof. Dr. Hatta Azad Khan kerana telah menerima 'Anugerah Filem Terbaik' dan 'Pengarah Terbaik' bagi filem 'Wayang' di Anugerah Skrin yang baru sahaja berlangsung baru-baru ini.

Terasa bangga sebentar menjadi salah seorang pelajar di UiTM dan apatah lagi di fakulti tersebut. :D

Tapi tak dinafikan, aku sangka Allahyarham Yasmin Ahmad yang akan menerima anugerah tersebut. Tapi mungkin bukan rezeki beliau. Apa-apa pun, tahniah sekali lagi kepada Prof. Dr. Hatta Azad Khan. 'Wayang' juga tidak kurang hebatnya berbanding filem lain.


UiTM di hatiku,

pelajar T.E.K.A tetap akan bersatu,

Demi memartabatkan industri perfileman di tanah airku. :)

p/s : lepas ni senanglah nk masuk office dekan sbb 'mood' sentiasa baik. jgn marah Prof. :D

Tuesday, December 1, 2009

'KARAOKE' from my point of view.


filem 'Karaoke'.
filem yg diarahkan oleh Chris Chong Chan Fui.
aku sudah pun pergi melihat filem ini di GSC Mid Valley
pada hari ahad lepas (29 November 2009).
bersama along,mami,abah dan teman sekampus, yaya.
kami memilih untuk melihat filem tersebut pada pukul 9.00 malam.
pukul 8.55, kami masok ke dalam panggung.
kosong. tiada orang langsung di dalam panggung tersebut.
hanya kami berlima.
memang boleh ber'karaoke' lah dalam tu.
beberapa minit kemudian barulah muncul segelintir manusia seorang demi seorang.

Hmm. apa komen aku tentang filem ini?
satu perkataan aku akan berikan disini.
'Hambar'
dan maaf kepada sesiapa yang merasakan ia suatu kritikan yg melampau.
tapi setiap orang ada pandangannya masing-masing.

kenapa aku berkata demikian?
shotnya terlampau lama.
cara suntingannya terlampau mengambil masa.
memang ada unsur-unsur seni yang nak disampaikan tetapi bila dah ditunjukkan lama-lama,
orang pun akan bosan dan terlebih 'fokus' terhadap shot tersebut.
lalu unsur seni itu hilang begitu sahaja.

mungkin filem ini hanya 15 minit yang ingin dijadikan sebuah filem yg panjang.
lalu, dipanjangkan shotnya dan babak tersebut. mungkin.
siapa tahu?
maaf ya kepada sesiapa yang tidak berpuas hati.
ini pandangan aku.
semua orang mempunyai suara untuk disuarakan.

tetapi mengikut statistik, ramai juga yang tertanya-tanya dan terpinga-pinga
apabila melihat filem tersebut.
jadi mengantuk, bosan.
cara penyampaiannya tidak sampai.
ada kalanya, kita perlu melihat dari sudut pandangan penonton untuk membuat sebuah filem.
bukan mengikut pandangan sendiri yang kebanyakan orang sukar untuk fahami.
bukan aku sahaja yang setuju dengan pendapat ini.
tetapi begitu juga abah dan along yang juga bekerja dalam bidang perfileman ini.


aku akui semua ini.
ya, jadi kenapa?
salahkah aku bersuara, memberi pendapat sebagai seorang penonton?
tidak salah rasanya. betul?
kalau ada sesiapa yang nak tgk, tgk lah.
itu hak mereka.
itu hak anda.
aku tak larang.
cuma aku memberi pendapat bagaimana aku rasa setelah melihatnya.

walaubagaimanapun, lakonan pelakon dalam filem ini tetap mantap.
seperti Zahiril Adzim, Mislina Mustafa, Muhamad Hariry dan lain-lain lagi.


Saturday, November 28, 2009

the greatest dance moves i've ever seen!!

this



and this!



they are so sicckkkkkk!!! freakin' awesomee!!
you guys have to watch this!


p/s : i can't take my eyes off ellen kim. she's freakin' tightt!!! do you guys feel me? :)



ouh and another one. haha. i just can't stop posting videos of them!
cuz they are awesome!!


Friday, November 27, 2009

dia adalah seseorang.

aku rindukan seseorang.
seseorang yang pasti tiada siapa yang akan tahu.
tiada siapa yang akan jangkakan.
mungkin hanya segelintir tapi tidak mungkin mereka juga akan terfikir sedemikian.

seseorang yang sangat aku sanjungi.
seseorang yang sangat optimistik.
seseorang yang sangat terbuka mindanya.
dan seseorang yang sekian lama aku tak bersua muka.

dia seorang yang sangat berfikiran matang.
seorang yang berkeyakinan tinggi.
seorang yang pendiam. kadang-kadang.
seorang yang sangat 'workaholic'.
seorang yang menepati janjinya.
tetapi tidak memahami masalah atau situasi orang lain.
itulah dia.

kali terakhir berjumpa,
merupakan kali pertama pertemuan.
pertemuan berlaku tak dijangka.
sewaktu aku baru sahaja menjejakkan kaki ke alam dewasa.
meninggalkan alam persekolahan.
hanya berhubungan dengan 'teknologi moden' kini.

pasti ada yang aneh denganku.
kenapa sampai begini aku rindukan dia.
tidak semua yang tahu.
tentang dia dan aku.
jadi tak perlulah aku satu-persatukan.

bagai bulan jatuh ke riba,
hendak menunggu satu detik pertemuan dengannya.
kerana jarak penentunya.
masa cemburui segala.
seorang anak seni,
yang mungkin satu hari nanti,
akan ketemu jua.
aku dan dia.
siapa tahu?
mana kita nak tahu?

p/s : Selamat Hari Raya Aidiladha aku ucapkan pada semua.




selamat tidur mak long. untuk selamanya....

aku rindukan dia.
dia telah pergi meninggalkan dunia beberapa hari yang lalu.
aku kesal.
aku sangat kesal.
cukup kesal.
kerana semasa aku di kampus,
mami menelefon aku lalu menyuruh aku pulang untuk melihat mak long di hospital.
mak long masih stabil waktu itu.
tapi aku kesal.
kerana terpaksa tinggal di kampus buat sementara waktu untuk menyokong kawan-kawan seperjuangan.
kawan-kawan CT113 yg akan membuat satu persembahan teater bertajuk 'TER'.
lalu aku memberitahu mami bahawa aku akan balik pada 15 nov 2009 (ahad)
bukan aku kesal kerana tinggal untuk menyokong kawan-kawan.
tetapi aku kesal dengan keputusan yang aku buat sendiri.
aku rasa serba salah.
aku rasa seakan-akan ada pisau yg menikam dada aku.

*bergenang air mata.

tapi..
aku fikir masih sempat menziarah mak long pada hari ahad atau isnin.
pada hari ahad petang memang kami memutuskan untuk menziarah mak long di hospital.
tapi entah kenapa keputusan itu terbatal lalu kami terus pulang ke rumah.


pada keesokan harinya iaitu pada hari isnin, tanggal 16 nov 2009,
aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada mami.

M: 'adik, mak long dah meninggal...' mami memberitahu aku dengan nada yang amat memilukan.

I: 'hah? bila??!' mengalir air mata aku sambil bertanya.

M: 'pagi tadi'

I: 'kenapa?!' aku bertanya seakan-akan bukan waktunya mak long tidur untuk selama-lamanya..

M: 'Mami tak tau.. sakit jantung' Mami menjawab ala kadar kerana sebak mendengar aku menangis. lalu mami menangis juga.

*jari jemari basah menaip mengelap air mata.

pada malam itu, kami bergegas ke Kuala Selangor untuk melihat mak long dikebumikan.
apabila tiba disitu, ramai saudara-mara yang ada di pandangan.
tatapi yang paling aku kesalkan....
apabila sampai di tempat pengebumian,
mak long sudah pun tertanam di dalam perut bumi.


aku tidak berkesempatan melihat wajah mak long untuk kali terakhir...
*menangis teresak-esak, bertahan untuk habiskan menaip.


mak long merupakan antara makcik yang paling rapat denganku dulu.

terima kasih kawan-kawan kerana membaca.
aku tidak tahan lagi untuk menaip...




Saturday, November 21, 2009

tak berapa nak pack

ni nk citer sket tentang jadual kelas untuk semester depan iaitu semester 4 2009 CT111.
jadi kawan-kawan dari kelasku sila ambil perhatian ya.
kelas tak berapa nk pack next sem.
alhamdulillah.
hari isnin klas start kul 10.30-12.20p.m (STORYBOARDING)kat klas en khairul or dupa
kul 4.10-6.00p.m pon subjek yg sama kat klas en.khairul or kanchan.
ni aku pelik sket la sbb wat satu subjek yg sama dlm satu ari. ok lantak.
mungkin klas en k ni jarang ade. truskan. :p

Selasa pon bermula kul 10.30-12.20p.m (BENGKEL TV TUU) kat klas 16-2-6. tu je utk selasa. best an! :D

rabu lak klas start kul 8.30-11.20a.m (SOUND EFFECT BLA BLA) kat klas 10-4-6
klas en erman.
yes klas ni 3 jam.
tp takpe. ari rabu pon satu klas je.
heaven lg. ;)

khamis kul 8.30-10.20a.m (SCREEN WRITING) 12-4-6, pn lela.
10.30-12.20p.m (SCREEN WRITING GAK) 12-4-6, pn lela
2.10-5.00p.m and yes 3 jam lg (CAMERA HANDLING) 10-4-6, en erman.
ni pon aku x phm nape screen writing ade dua kali.
mungkin pn lela akan pilih satu kot. ntah. hope so.

jumaat kul 8.30-10.20a.m (ESSEMBLE 4) 13-2-6, en zack
10.30-12.20p.m (KONFERENSI)
ehem2.. are you thinking what i'm thinking?? hehe.
u know what i mean. :)

so selamat menjalani semester 4 ye kwn2! bel, ctu and silat da takde so enjoy!! kalo x repeat lahh. hehe. :p tp jadual ni bukn konfem lg. mungkin akan berubah. i think. but whatever it is, enjoy je. see u guys next sem! i cant wait! :)


Friday, November 20, 2009

PEREMPUAN


gambar rajah di atas ialah satu poster filem yang dibuat untuk subjek Visual Arts.
untuk saja-saja.
tp yang penting untuk subjek of course.
di sunting dan fotograf di atas di tangkap oleh saya sendiri.

MUNGKIN,
filem ini akan direalisasikan.
mana tahu?
mungkin akan jadi kenyataan?
apa salahnya kan?

Jalan cerita tidak direka lagi.
aku akan tulis skrip mungkin semasa cuti semester ini.
dan paling penting, filem ini hanya dilakonkan oleh kaum hawa SAHAJA.
termasuk lah extras dan sesiapa yang berada di dalam lensa kamera.
tiada kaum ADAM yang terlibat kecuali dalam in the making of the film.
tapi tak bermaksud ia bercerita tentang kaum hawa sahaja.
ada juga kaum adam tapi tak di visualkan dalam filem.

mungkin ramai yang tahu filem 'The Women'
aku mendapat inspirasi daripada situ sebenarnya.
tapi bukan tiru bulat-bulat.
inspirasi sahaja.
jalan cerita 100% berlainan.


p/s: ia mungkin tak akan jadi kenyataan tapi belum cuba, belum tahu, kan? doakan aku. terima kasih kawan-kawan yg menyokong dan memberi idea. tapi jangan terlalu mengharap. kita cuba ok. :) ouh and nama-nama crew dalam poster adalah rekaan semata-mata. harap maklum.

dia tak faham

bila hati mula berdetak kerisauan,
siapa yang tahu?
bila jiwa rasa nak menepati janji,
tapi sukar untuk dituruti,
dan ada pula orang yang tak hargai.


dia tak faham.
dia takkan faham.
sukar untuk buat orang rasa puas hati.
bila kesungguhan diri tak dapat dilihat di mata hati.


kenapa?
kenapa perlu ada disana baru nampak kesungguhannya?
adakah selama ini visualisasi terpadam sendiri?
atau mungkin susah untuk dicari?
lalu hati membuka gerbang suara
tidakkah mencuba itu suatu kesungguhan?
mungkin tak boleh dicapai
menjadi suatu realiti
tapi masih
suatu kesungguhan yang memang lahir dalam diri.
aku dah bilang.
dia tak faham.

perbuatan lebih menerangkan segalanya lebih dari kata-kata.
ya?
benarkah?
ada ketika kata-kata menjadi raja kepada perbuatan.
jadi tidak seharusnya begitu.
kau dan aku perlu tahu.

perasaan kecewa menyelimut aku.
tapi ini tidak akan sekali menutup jalan besarku.
jadi tunggu.
kalau perlu.
sampai di hujung waktu pun aku akan ke tempatmu.